30 May 2011

Petua memujuk anak meragam

hari ni terbaca post kawan kat facebook pasal anak dia menangis tanak kena hantar rumah pengasuh..kebetulan anak dia sebaya Ammar Razi just besar ikut bulan je..


aku pun pernah hadapi situasi macam ni tak lama dulu..ntah kenapa Ammar Razi taknak pegi nursery (kitorang cakap nursery tu school..hehe) bila kejut dia bangun pagi dia mesti cakap tanak pergi school..sampai pintu school menangis-nangis peluk aku nak dukung..hati mana tak sedih..kita nak pegi kerja, anak meraung taknak kena tinggal..


satu kes lagi time Ammar Razi ni buat hal dia asyik nak masuk satu simpang kat jalan kitorang lalu nak pegi school dia..masalahnya simpang tu memang langsung tak kena mengena dengan direction ke school dia..asalkan stop kat traffic light simpang tu asyik mintak kitorang belok kiri padahal school dia terus lagi..agak psyco nak pujuk budak 2 tahun lebih untuk jalan terus..sampai kadang2 tinggi gak suara..


ni la rupa budak yang ibu dia cerita panjang lebar kat atas ni..tapi time ni muka ceria takde buat hal..






yang ni pulak time tengah posing2 geng ngan ibu dalam kereta time ayah beli groceries..




berbalik pada tajuk entri ni....


jadi bila dah kadang anak buat hal time2 kritikal macam time nak pergi kerja ni aku pun usaha tanya -tanya, baca-baca & mintak pandangan orang mcmana nak tackle budak meragam..ada jugak aku surf blog2 doa sampai lah aku jumpa petua ni..


Doa Tenangkan Anak Menangis atau Meragam

1. Bacakan Al-Fatihah
2. Bacakan Ayatul Kursi
3. Bacakan Surah Al-Insyirah



Ertinya: Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),
Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,
Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.


Taken from http://sity29.blogspot.com


Aku praktikkan 3 surah ni dalam doa & bila-bila masa je time anak meragam ke..insya Allah akan kurang atau cepat je reda..



Satu lagi yang aku buat macam nasihat Dr.Hj. Muhamad Fadillah Kamsah: Bisikkan nasihat pada anak kat telinga time dia tidur. Pada masa separa sedar anak akan proses & absorb maklumat tu..



Walaupun Ammar Razi to kategori budak senang handle (insya Allah)..tapi tak salah aku amalkan daripada sekarang..nnti dia pun nak jadi abang so two heads are better than one (& more handful too!!)

No comments:

Post a Comment