Dia datang..
Apa yang datang? Bukan yang anda fikirkan ye..asal ckp datang asyik fikir datang bulan-bulan je..
Yang saya maksudkan datang adalah projek ofis saya.. Datang sekali 3 ok..ALHAMDULILLAH tak payah fikir nak isi resume pegi tempat lain ke apa..CUMA..
Dept saya ada 3 staff je, Boss Kecik saya (a.k.a Senior QS), saya ngan kawan saya. Projek masuk skali 3.tak menang tangan kot nnti! dah boleh imagine hectic dept saya tu nanti..
Sekarang pun pumping time dah ke laut 8.00 am, 10.30 am (sekarang dh drag smpai jam 12.00 pm), 2.00 pm, 6.30pm, 10.00pm, 4.00am (dah tak bangun malam! oh no! kes bunuh diri sendiri okay!)
Nanti projek full swing kena ada kat desk coz byk call, pegi site measurement satu hari suntuk, discussion ngan sub-contractors yang akan mengambil masa pumping session saya! oh no! HOW lah??
Saya doakan diri saya sendiri supaya tabah menghadapi dugaan di masa akan datang. Sentiasa tabah dan tidak malas.
Terima kasih kepada en. husband kerana sangat memahami kerjaya dan menyokong aktiviti penyusuan saya, Ammar Razi kerana memahami ibunya, Boss kecik saya kerana menyokong aktiviti penyusuan saya secara tidak langsung dan kawan dept saya yang banyak cover line bila saya hilang time pumping session.
~~~~~~Entri ku beremosi..FYI saya seorang QS..apa guna QS kalo projek tak masuk..huhu..