16 November 2011

Heavy Heart + Doa Penenang Hati

Heavy Heart..bak kata org putih :(


Tapi bagi saya, lebih daripada itu. SEBAB :-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anak-anak demam ;(

Pagi ni pegi klinik sebab Ammar Razi demam, batuk dan selsema..trio..
Akif Razi pulak, batuk selsema tak baik-baik..

And tambah pulak anak2 colegues demam2 sampai admitted hospital (icon tutup mata!!)

Saya pulak tak ambik leave sebab dah banyak on leave this month < maafkan ibu, anak-anakku ;(   >


Ni lah ubat-ubat yg dapat oleh 2 beradik nih..and menambahkan effort ibu nak bagi diorang makan (especially Akif Razi yang pandai luahkan ubat)


3 abang Ammar punye, 2 adik Akif punye


Dan di saat ayah menawarkan diri nak on leave jaga anak, ayah dapat call dari boss suruh datang ofis pulak..
Masya Allah, saya diam tapi dalam hati doa tabahkanlah hati saya ni, nak kena kerja hari ni.. Ammar Razi pulak request tanak pegi school, nak balik rumah katanya..

Maka hari ini saya bekerja dengan heavy heart..mujur workload hari ni tak banyak..maka banyak menerawang dari buat kerja...dan mencari-cari doa penenang hati..


Lalu terjumpa ini... 


Antara amalan yang biasa dibaca untuk menenangkan diri atau untuk mengambil ujian bacalah :-

  • Surah Al-Inshirah refer di sini
  • Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”
ujianpac 300x110 Persediaan PAC Julai 2009: Checklist


credit dari http://tipsptd.com/blog

La Tahzan.. Jangan bersedih..





10 November 2011

Dia datang..

Dia datang..

Apa yang datang? Bukan yang anda fikirkan ye..asal ckp datang asyik fikir datang bulan-bulan je..

Yang saya maksudkan datang adalah projek ofis saya.. Datang sekali 3 ok..ALHAMDULILLAH tak payah fikir nak isi resume pegi tempat lain ke apa..CUMA..




Dept saya ada 3 staff je, Boss Kecik saya (a.k.a Senior QS), saya ngan kawan saya. Projek masuk skali 3.tak menang tangan kot nnti! dah boleh imagine hectic dept saya tu nanti..

Sekarang pun pumping time dah ke laut 8.00 am, 10.30 am (sekarang dh drag smpai jam 12.00 pm), 2.00 pm, 6.30pm, 10.00pm, 4.00am (dah tak bangun malam! oh no! kes bunuh diri sendiri okay!)

Nanti projek full swing kena ada kat desk coz byk call, pegi site measurement satu hari suntuk, discussion ngan sub-contractors yang akan mengambil masa pumping session saya! oh no! HOW lah??



Saya doakan diri saya sendiri supaya tabah menghadapi dugaan di masa akan datang. Sentiasa tabah dan tidak malas.



Terima kasih kepada en. husband kerana sangat memahami kerjaya dan menyokong aktiviti penyusuan saya, Ammar Razi kerana memahami ibunya, Boss kecik saya kerana menyokong aktiviti penyusuan saya secara tidak langsung dan kawan dept saya yang banyak cover line bila saya hilang time pumping session.

~~~~~~Entri ku beremosi..FYI saya seorang QS..apa guna QS kalo projek tak masuk..huhu..

30 October 2011

Saya boleh pengsan bila..

Saya boleh pengsan bila..


Pinggan tak basuh penuh dalam sinki..
Terserempak cicak rumah yg besar giler (geli!!)
Hantar email tapi org lambat reply
Salah wat taking off & boss kecik saya dapat tau..
Dapat ubat dari klinik pil besar giler kena telan (masalah makan pil)



Tapi paling boleh pengsan bila....saya jauh ngan 3 Razi dalam hidup saya :)

30 May 2011

Petua memujuk anak meragam

hari ni terbaca post kawan kat facebook pasal anak dia menangis tanak kena hantar rumah pengasuh..kebetulan anak dia sebaya Ammar Razi just besar ikut bulan je..


aku pun pernah hadapi situasi macam ni tak lama dulu..ntah kenapa Ammar Razi taknak pegi nursery (kitorang cakap nursery tu school..hehe) bila kejut dia bangun pagi dia mesti cakap tanak pergi school..sampai pintu school menangis-nangis peluk aku nak dukung..hati mana tak sedih..kita nak pegi kerja, anak meraung taknak kena tinggal..


satu kes lagi time Ammar Razi ni buat hal dia asyik nak masuk satu simpang kat jalan kitorang lalu nak pegi school dia..masalahnya simpang tu memang langsung tak kena mengena dengan direction ke school dia..asalkan stop kat traffic light simpang tu asyik mintak kitorang belok kiri padahal school dia terus lagi..agak psyco nak pujuk budak 2 tahun lebih untuk jalan terus..sampai kadang2 tinggi gak suara..


ni la rupa budak yang ibu dia cerita panjang lebar kat atas ni..tapi time ni muka ceria takde buat hal..






yang ni pulak time tengah posing2 geng ngan ibu dalam kereta time ayah beli groceries..




berbalik pada tajuk entri ni....


jadi bila dah kadang anak buat hal time2 kritikal macam time nak pergi kerja ni aku pun usaha tanya -tanya, baca-baca & mintak pandangan orang mcmana nak tackle budak meragam..ada jugak aku surf blog2 doa sampai lah aku jumpa petua ni..


Doa Tenangkan Anak Menangis atau Meragam

1. Bacakan Al-Fatihah
2. Bacakan Ayatul Kursi
3. Bacakan Surah Al-Insyirah



Ertinya: Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),
Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,
Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.


Taken from http://sity29.blogspot.com


Aku praktikkan 3 surah ni dalam doa & bila-bila masa je time anak meragam ke..insya Allah akan kurang atau cepat je reda..



Satu lagi yang aku buat macam nasihat Dr.Hj. Muhamad Fadillah Kamsah: Bisikkan nasihat pada anak kat telinga time dia tidur. Pada masa separa sedar anak akan proses & absorb maklumat tu..



Walaupun Ammar Razi to kategori budak senang handle (insya Allah)..tapi tak salah aku amalkan daripada sekarang..nnti dia pun nak jadi abang so two heads are better than one (& more handful too!!)

28 May 2011

HOBI dari kecik..

malam tadi sebelum tunggu MAHARAJA LAWAK start pukul 10.00pm aku kemas2 reading room tu dan terjumpalah setem setem loose aku yang belum diselenggarakan..hehe..u read it right..setem..dah takde orang sekarang kumpul setem kot..ni hobi2 angkatan zaman batu je ni..

kalau nak di flashback kisah mulanya aku kumpul setem ni dulu masa aku standard 6 lagi tahun 1994 budak kelas aku 6 melati pakat2 bawak album setem..tukar2 setem ngan diorang sampai la hari ni banyak gak setem aku kumpul..nak jadi cerita lepas Form 1 sampai aku kat UiTM setem2 aku ni agak dilupakan..maklumla busy belajar (lah sangat!!)


jadi untuk membuang2 masa aku pun keluarkan album setem yang dah agak lama tak update..susun2 balik (agak susah) sebab album setem dah penuh siap request kat encik husband nak tambah album setem lagi satu..nyehehe..alah hobi kumpul setem ni taklah membazir duit sgt kalo setakat letak rm50 kat BIRO FILATELI POS MALAYSIA..yang best nye POS MALAYSIA akan poskan setem keluaran baru kat aku..sukee!! so kat bawah ni part of my collection yang ada dalam simpanan aku..


ni setem zaman dulu2..


ha ni setem favourite Ammar Razi..kalau bukak page ni takde can ibu nak susun2 yang lain..





ni lagi satu page favourite dia..almaklumlah budak tu memang suka kereta..




ni pulak setem flora-flora..amik kau Filateli antar pos sampai 10 keping siap tak cerai2 lagi...nmpak sangat setem baru..





ni lah antara hobi aku di masa lapang..hobi lain ada jugak tapi time and money consuming so malas cerita lah kat sini sekarang..

15 May 2011

birthday celebration..

hari ahad adalah hari bermalas2..sebab dah tak larat coz keje almost 6 hari seminggu..pagi2 wat breakfast goreng frozen karipap yang ibu bagi last week smpai semuanya licin serdak pun tak tinggal..transfer laundry ke ampaian luar smbil ammar main2 kat depan..


alkisahnya hari ni ada 2 jemputan birthday celebration..bukan ammar punye ye..ammar nye tgk July nnti ayah nak buat ke idak..1st one bday celebration Aryanna Amal (turns 1 this year)..mummy dia dah siap2 invite through facebook..even kitorg satu office..so mmg dah beli present siap2 for lil' Ary..


nak jadi cerita rezeki Allah nak bagi, last nite encik husband korek post box kitorang n terjumpa invitation card jiran (abg panggil Bro Hafiz :) )pun invitation to birthday celebration anak dia Nurdhia Amani 2 tahun..siap encik husband cakap 2 tahun ni sebaya Ammar la..aiseh bila pulak Ammar 2 tahun..Ammar 3 tahun la abg..


So tghari kitorg siap membuta dulu pun siap2 la nak pegi 2 birthday invitation nih,,pegi umah Nurdhia Amani dulu coz selang 2 buah rumah je..hujan la pulak time tu..aku makan banyak gile coz dah kol 3 tp ibu mengandung ni baru nak makan..Nasi ayan sedap gile..(kate je la perut dah laparr)


And pukul 4 dalam kehujanan yang agak melampau kitorang gerak gi umah Aryanna kat Shah Alam..ni pic Ammar yang ibu snap dalam kerete..ampunkan je lah budak ni walaupun hujan di luar tetap nak pakai spec hitan..sabar je lah..gambar ni nak buat "peace" tapi tengokla jadi apa..




Ampun Fina majlis 3-5 pm kitorang sampai kol 5..janji sampai..ni lah rumah birthday girl Aryanna yang dah cranky sebab penat kot layan ramai orang..




The best part wasn't the food..its the decorations siap ada ballon castle tapi tak dapat main coz hari hujan..and ada fancy sticker yang sangat comel sampai ibu bawak Ammar pegi apply sticker..ibu pun ada sekali..suke!! Ayah malas layan coz hujan..tak sempat sampai rumah ibu & Ammar dah posing-posing ngan fancy sticker kitorang yang sangat cantik. Ayah kat sebelah maintain handsome drive kete..





ibu punye..




dan ini secara up-close..




Dah abis menjalankan tanggungjawab sosial tu, kitorang pun balik dalam pukul 6.30pm..en.husband kata dah macam time balik kerja..kerja la ni..kerja merapatkan silaturrahim & memenuhi undangan..so balik rumah apa lagi makanlah apa yang ada dalam Goodie Bag ni..




Alhamdulilah rezeki Allah bagi..suka bawak mata tengok decoration and Goodie Bag orang..nak buatkan untuk Ammar dah plan nak wat tema Ben-10 tapi tengokla Ministry of Finance approve ke idaknya..to Nurdhia Amani & Aryanna Amal..Happy Birthday !!

14 May 2011

sejak beberapa ratus hari yang lalu..

sejak beberapa ratus hari yang lalu..(my last entry was dated August 13 2009)..mak aihh lamanya berabuk.

so dengan rasa tanggungjawabnya aku pun sapu2 balik habuk kat sini, make up2 skit..touch up skit until i coincidently found 1 useful website kat sini -----> http://www.backgroundfairy.com. comel giler korang tgk sendiri la..mana tau nak make up blog korang..

back to my last entry ada lah janji ngan korang nak upload family pictures : razilan-murni-ammar razi yang dijanjikan 2 tahun lalu tu (Janji tinggal janji-JTJ sangat!)so kali ni entry ni pendek skit coz nak save energy nak flashback cerita 2 tahun yang tak sempat dicerpankan di sini (takleh tulis cerpen coz gerenti entry flashback tu panjang and menceceh-ceceh..) korang sabar je la..

P/s: seb baik encik husband baru kemas guest room aka study room coz dah bleh trace pic kitorg tu..

05 May 2011

Me Familia


This is the blood throughout my veins..

Tulang belakang saya..

Masa ni Majlis bertunang angah 1st May 2011. 

Muhammad Akif Razi baru 7 months (dalam perut!)